Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 18 April 2013

Pemandu Rela Mati Selamatkan Penumpang Bas

Bas malang ini mengalami masalah brek ketika melalui jalan bengkang-bengkok dan dipandu oleh pemandu yang berusia 64 tahun 

Pemandu bas maut dalam kemalangan ngeri ini selepas berusaha menyelamatkan para penumpangnya

Kesemua penumpang bas ini berjaya melepaskan diri

Kren digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan rangka bas


ALPE d’HUEZ - Pemandu bas yang kemalangan di sebuah kawasan luncur salji di Alps Perancis berusaha memberi amaran kepada 50 penumpang bahawa kenderaan itu berdepan dengan masalah sejurus sebelum kemalangan itu berlaku. 
Pemandu warga Britain berusia 64 tahun itu yang dipercayai berasal dari Timur Laut dipuji kerana keberanian menakjubkannya selepas dia dikatakan menjerit kepada penumpang, "Ada masalah dengan brek" sambil berusaha menyelamatkan mereka. 
Menteri Pengangkutan Perancis Frédéric Cuvillier berkata,  "Anda tidak boleh menyifatkannya sebagai keajaiban kerana ada satu kematian dan ramai yang cedera. Tetapi, jumlah kematian mungkin lebih tinggi jika tidak kerana tindakannya."
“Keberanian pemandu berkenaan menyelamatkan ramai nyawa. Kenyataan ramai penumpang yang kami temui mengesahkannya. Sikap dan tindakannya mengelak daripada keadaan menjadi lebih buruk.” 
Pemandu itu maut dalam kemalangan ngeri ini. Penumpang lain tercampak keluar dan ada yang melompat keluar dari kenderaan yang bergerak itu. 
Terdapat 53 orang di dalam kenderaan itu, termasuk dua pemandu. 
Kenderaan itu mengalami kerosakan brek ketika menuruni laluan bengkang-bengkok di kawasan peranginan ski Alpe D’Huez. 
Saksi berkata, ramai penumpang, kakitangan sebuah syarikat ski yang dalam perjalanan pulang ke Britain melompat menerusi tingkap bas itu ketika ia terbakar. 
Seorang wartawan akhbar tempatan yang kebetulan dalam perjalanan ke situ berkata: “Ia kelihatan seperti babak dalam peperangan. “Waktu hampir 3.30 petang. Saya baru hendak memulakan pendakian ke Alpe d’Huez apabila melihat asap tebal. Apabila tiba di tempat kejadian bahagian depan bas itu sudah terbakar dan api merebak ke belakang kenderaan itu. 
“Bas itu tersadai pada batu besar yang menghalangnya jatuh ke gaung."
“Saya meninggalkan kereta untuk memastikan sama ada mangsa memerlukan bantuan. Seorang daripada mereka berkata, "Ada orang terperangkap di dalam." Tiga orang dimasukkan ke hospital kerana cedera parah. Seorang daripadanya dipindahkan ke hospital di Grenoble ke hospital di Lyon yang memiliki unit pakar melecur. Dia dipercayai melecur sehingga 80 peratus anggota tubuhnya. - Daily Mail / myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.