Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 13 April 2013

Pencopet Guna Penyepit

Wang Hongbo, seorang pencopet berjalan di belakang penunggang basikal sambil memegang penyepit khas yang telah diubahsuai

Hongbo berjalan lebih pantas mendekati penunggang basikal wanita. Jalan sibuk tidak menghalang pencopet beroperasi

Setelah cukup dekat, Hongbo memasukkan penyepit ke dalam poket wanita di Zhengzhou, Wilayah Henan China.

Wang Hongbo berjalan sambil memegang telefon, yang kelihatan seperti iPhone, untuk dijual

ZHENGZHOU - Seorang pencopet menunjukkan kreativitinya yang tersendiri menggunakan penyepit untuk mencuri menyerah diri kepada polis. 
Wang Hongbo, 32, dirakam kamera mengambil telefon bimbit daripada poket seorang wanita yang berbasikal di kota Zhengzhou, wilayah Henan, China. 
Seorang saksi mengambil gambar Wang berlari di belakang wanita itu sebelum mengambil telefon bimbit itu dengan penyepit. 
Wang kemudian dilihat memeriksa barangan curinya itu sebelum menjualnya kepada sebuah kedai barangan terpakai tidak jauh dari lokasi kejadian. 
Dia, bagaimanapun, ditahan apabila seorang awam yang kebetulan ada di tempat kejadian, merakam perbuatannya dan menyiarkannya di internet. 
Wang akhirnya menyerah diri kepada polis selepas gambarnya sudah ditonton ramai orang di internet. 
Wang menghubungi seorang wartawan dan memberitahunya bahawa dia adalah lelaki yang disiarkan foto mencuri daripada wanita berbasikal berkenaan. 
Wanita itu dilaporkan langsung tidak sedar perbuatan pencuri itu. Wang berkata, dia melakukan jenayah kerana menghadapi masalah membesarkan anaknya yang berusia 12 tahun sendirian. 
Awal bulan ini, seorang lelaki yang disyaki pencuri beg luka di bahagian keningnya selepas melanggar tingkap kedai untuk lari. AGENSI - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.