Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 24 April 2013

Kanak-kanak Lelaki Lima Tahun Nyaris Rentung

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ini ditinggalkan seorang diri dan hampir rentung apabila rumahnya terbakar. Foto: myMetro

Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak ini daripada rentung. Foto: myMetro


AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir rentung selepas rumahnya di tingkat 4 Rumah Pangsa 700 Kencana, di sini musnah dalam kebakaran petang semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah seorang diri selepas ibunya keluar untuk membeli keperluan harian di kedai berhampiran. 
Menurut sumber, ketika ditinggalkan, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain api menyebabkan bahagian dapur rumahnya terbakar sebelum merebak ke seluruh rumah. 
Katanya, menyedari rumahnya terbakar, kanak-kanak berkenaan yang gagal menyelamatkan diri kerana pintu depan dikunci ibunya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum ia didengari jiran yang kemungkinan menghubungi bomba. 
“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada rentung. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai banyak terhidu asap,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.