Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 18 April 2013

Ramai Cedera Kilang Baja Meletup Di Texas

Kilang baja meletup pada Rabu malam, dikhuatiri ramai terbunuh kerana terperangkap di bawah runtuhan bangunan

Letupan berlaku pada jam 7.50 petang dan menggegarkan kawasan ini 

Letupan diikuti dengan asap hitam yang menjulang ke udara

Gambar kepulan asap ini diambil melalui kamera oleh penduduk tempatan

 Hospital Hillcrest di Waco, Texas dibanjiri dengan orang-orang cedera selepas letupan besar di sebuah kilang baja

Seseorang sedang memerhatikan kebakaran yang sedang terjadi ekoran letupan kilang baja

Anggota penyelamat mengeluarkan warga emas dari pusat penjagaan yang rosak akibat letupan

Sebuah pangsa puri rosak teruk selepas letupan

Anggota bomba memeriksa rumah yang rosak - semua penduduk dilaporkan dipindahkan

Lokasi berlaku letupan tidak jauh dari sebuah sekolah dan pusat penjagaan


WACO (Texas): Anggota Palang Merah Amerika dari seluruh Texas dikerahkan ke lokasi letupan di sebuah kilang baja berdakatan Maco, hari ini dengan beberapa mangsa dilaporkan cedera. 
Jurucakap Palang Merah, Anita Foster, berkata kumpulannya kini berkerjasama dengan pegawai pengurusan kecemasan di bandar West untuk menyediakan tempat perlindungan kepada mereka yang terselamat. 
Katanya, pasukan dari Austin dan Dallas serta beberapa tempat lain dihantar ke kawasan kediaman penduduk di sekitar utara Waco. 
Jurucakap Jabatan Bomba West berkata, letupan berlaku malam semalam di sebuah kilang pengeluaran baja. 
Beliau bagaimanapun tidak pasti berapa jumlah mangsa setakat ini. - AFP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.