Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 15 April 2013

Penghuni Pangsapuri Belum Boleh Pulang Rumah

Cerun runtuh di belakang blok B Pangsapuri Beringin, Puchong pada 27.3.2013. Foto: Sinar Harian

Penduduk berkumpul di tingkat bawah selepas mereka diarah mengosongkan pangsapuri itu. Foto: Sinar Harian

Timbalan Yang Dipertua MPSJA (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Serdang melawat ke tempat kejadian. Foto: myMetro

Keadaan tanah runtuh pada 27.3.2013. Foto: Media Selangor Ku

Terdapat penghuni yang telah berpindah ke tempat lain. Foto: Firdaus Latif

Para penduduk melihat keadaan tanah runtuh pada malam 27.3.2013. Foto: Bernama


KUALA LUMPUR - Penghuni Blok B Pangsapuri Beringin, Puchong, dekat sini, yang terpaksa dipindahkan berikutan hakisan di kawasan perumahan berkenaan belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Asmawi Kasbi berkata, pihaknya serta Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) masih lagi menjalankan beberapa ujian terhadap sistem saluran pembetungan. 
Katanya, walaupun sistem itu sudah dibaiki, namun ujian tetap akan dilakukan bagi memastikan tiada masalah kebocoran. 
Menurutnya, IKRAM juga akan melaksanakan pemeriksaan dan ujian terhadap cerun yang dibaiki bagi memastikan spesifikasi dapat menjamin kestabilan tanah cerun tersebut. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.