Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 16 April 2013

Guru Maut Keretanya Rempuh Kereta Bomba

Ally Mullany sedang memandu keretanya sebelum bertembung sebuah kenderaan bomba

Dua anak Ally cedera parah akibat kemalangan ini

Kereta bomba ini sedang bergerak laju untuk memberi bantuan kecemasan


LONDON - Seorang guru besar sekolah rendah terbunuh dalam kemalangan ngeri di Wareham, Dorset, semalam. 
Ally Mullany sedang memandu keretanya sebelum bertembung sebuah kenderaan bomba dalam perjalanan ke lokasi kemalangan maut tidak jauh dari situ. 
Jurucakap polis berkata, Ally terbunuh kira-kira 800 meter dari tempat seorang pemandu lelaki merempuh sebatang pokok sejurus sebelum itu. 
“Dua anak Ally cedera parah,” katanya. 
Menurut polis Dorset, kereta bomba itu sedang bergerak laju untuk memberi bantuan kecemasan membabitkan pemandu lelaki itu. 
Bagaimanapun, katanya, ia bertembung dengan Mini Cooper dipandu Ally. 
Semua enam anggota bomba terbabit tidak cedera dan segera menyelamatkan dua anak Ally. 
Sumber berkata, anak mangsa berusia 10 dan 14 tahun dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter. - DM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.