Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 18 April 2013

Kereta Api Terbakar Semasa Menuju KL Sentral

Seorang anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang memeriksa enjin lokomotif. Foto: myMetro

Kelihatan kesan terbakar pada dinding lokomotif. Pemandu sempat menyelamatkan diri. Foto: myMetro

Kebakaran dapat dipadamkan pada jam 10.54 malam dan padam secara keseluruhannya 19 minit kemudian. Foto: myMetro


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba. 
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian. 
Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian. 
“Hasil pemeriksaan kita mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar. 
“Sebanyak dua jentera bomba terbabit dalam operasi ini dibantu dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan sebuah 'water tanker' membabitkan 22 anggota pelbagai pangkat,” katanya. 
Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit. - myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.