|
Mejar Jeneral Ralph Baker, tengah, bersama keluarga. Foto: baltimoresun.com |
|
Pemerintah Tentera AS di Afrika (AFRICOM), Jeneral Carter F. Ham |
WASHINGTON - Seorang jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai operasi di timur Afrika digantung tugas berhubung dakwaan salah laku seks, kata seorang pegawai Pentagon kelmarin.
Komander berkenaan, Mejar Jeneral Ralph Baker dilepaskan daripada tanggungjawabnya oleh pemerintah Tentera AS di Afrika (AFRICOM), Jeneral Carter F. Ham, pada 28 Mac.
“Kami tidak dapat mengulas lanjut tentang perkara ini kerana semua dakwaan tersebut masih dalam siasatan,” kata Firman.
Seorang pegawai Pentagon menyatakan, Baker hilang jawatan tersebut kerana dakwaan salah laku seks dan ketagihan alkohol terhadapnya didapati benar.
Baker kini diberikan tugas pejabat di Washington sementara menunggu siasatan disiplin terhadap dirinya. - AFP / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.