Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 3 April 2013

Ahli Politik Amerika Syarikat Ditahan Kerana Rasuah

Senator bagi kawasan Queens, New York, Malcolm Smith (tengah) ditahan kerana terlibat rasuah. Foto: businessinsider

Malcolm Smith ditahan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI). Foto: patdollard

Ahli Majlis Bandaraya New York, Daniel Halloran turut ditahan FBI kerana menerima rasuah. Foto: tv.msnbc.com


NEW YORK - Seorang Senator di New York, Amerika Syarikat (AS) yang juga merupakan ahli kanan parti Demokrat telah ditahan atas tuduhan rasuah semalam. 
Menurut pihak pendakwaraya, Senator bagi kawasan Queens, Malcolm Smith ditahan kerana merasuah Ahli Majlis Bandaraya New York, Daniel Halloran dan beberapa ahli kanan parti Republikan New York. 
Smith melakukan kesalahan tersebut bagi mempengaruhi Halloran untuk membolehkan beliau mengadakan satu pertemuan dengan beberapa ahli kanan parti Republikan di New York. 
Individu-individu berkenaan dikatakan akan membantu beliau dalam Pilihan Raya Datuk Bandar pada November depan. 
Selain Smith, lima ahli politik yang kesemuanya ahli Republikan turut ditangkap atas dakwaan menerima rasuah yang secara keseluruhan berjumlah AS$100,000 (RM 308,299). 
Pihak berkuasa menegaskan ini adalah masalah rasuah ini adalah skandal terbesar di AS dalam merebut jawatan sebagai datuk bandar pada November ini. - Reuters / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.