Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 1 April 2013

Penceroboh Sulu Menyamar Jadi Orang Tempatan

Anggota polis memburu saki-baki penceroboh Sulu di Kampung Simunul, Semporna

Sukar untuk mengenali dan membezakan antara penceroboh Sulu dengan penduduk tempatan di tempat awam seperti ini

SEMPORNA - Saki-baki pengganas Sulu yang diburu pasukan keselamatan dikesan menukar strategi apabila kebanyakan mereka kini didakwa mengaku sebagai orang tempatan dan bercakap dalam loghat Bajau. 
Pengganas Sulu juga tidak akan membawa senjata ketika keluar di tempat awam seperti pasar dan pekan bagi menggelak mereka diketahui oleh orang awam dan juga pihak berkuasa yang kerap melakukan pemeriksaan. 
"Strategi baharu pengganas Sulu itu menyukarkan pihak berkuasa mengesan saki-baki pengganas Sulu," kata sumber itu. - Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.