Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 22 November 2012

Akhirnya Israel Setuju Gencatan Senjata Di Gaza

Pemimpin Hamas Khaled Meshal. Foto: Foreign Policy

KAHERAH - Pemimpin Hamas, Khaled Meshal mengatakan, Israel gagal menjayakan cita-citanya kerana gencatan senjata sudah dipersetujui. Meshal mengucapkan terima kasih kepada Mesir dan Iran atas sokongan mereka ke atas penduduk Gaza. 
"Setelah lapan hari, Allah tetap bersama penduduk Gaza dan membantu kami melakukan penentangan. Israel sudah gagal menjayakan cita-citanya," ujar Meshal, dipetik oleh AFP, Khamis (22/11/2012). 
Yang gembira dan yang sedih
Meshal juga memperingatkan Israel agar menghormati gencatan senjata dan menyeru semua kumpulan bersenjata di Gaza agar menghentikan serang roket ke atas Israel. 
Menteri Luar Mesir mengumumkan perjanjian gencatan senjata beberapa jama sebelum ia berkuat kuasa pada 19.00 GMT hari Rabu. 
Gencatan senjata telah berkuatkuasa di dalam dan di sekitar Semenanjung Gaza, selepas Israel dan Hamas bersetuju menghentikan pertempuran. 
Sesetengah rakyat Palestine di Gaza City meraikan gencatan senjata itu di jalanan pada malam Rabu lalu dengan membunyikan hon kereta dan menyalakan bunga api. 
Di bawah syarat-syarat gencatan senjata, Israel perlu menghentikan semua serangan ke atas Semenanjung Gaza dari udara, laut dan udara, termasuk serangan rentas sempadan dan pembunuhan yang disasarkan. 
Puak Palestin juga perlu menghentikan semua serangan dari Gaza ke Israel, termasuk serangan roket dan serangan di sempadan.
_______________________________________________________________________

Mahal juga harga yang dibayar oleh Israel
akibat membunuh Ahmad al-Jabari
pemimpin sayap tentera Hamas
 
dan 
Hamas benar-benar mengotakan kata
untuk membela kematian al-Jabari
sehingga
Israel terperanjat
akan peningkatan kekuatan Hamas!
 
Ini kalilah... 
bertemu ruas dengan buku! 
Hamas juga sudah bijak
menggunakan kekerasan
yang beralaskan diplomasi
bukan lagi kekerasan yang membuta tuli!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.