Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 20 November 2012

Israel Beri Hamas 36 Jam Henti Serangan Roket

Wilayah Gaza yang diserang Israel (Foto: AP)

TEL AVIV - Israel mengingatkan pergerakan Hamas supaya menghentikan serangan roket mereka. Israel memberikan tempoh 36 jam atau Israel akan melancarkan serangan lebih besar ke atas Gaza. 
"Keadaan ketika ini berada di persimpangan jalan. Kita tidak tahu sama ada bertahan atau meluaskan operasi, termasuk mengambil keputusan ketenteraan dan melancarkan serangan darat," kata Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz, sebagaimana dipetik AFP, pada Isnin (19/11/2012). 
Israel juga mengenakan syarat agar gencatan senjata dipatuhi. Mereka mendesak agar Hamas berhenti melancarkan roket ke dalam kawasan Israel selama beberapa tahun. Namun tidak dijelaskan jangka masa yang diminta oleh negara Yahudi itu. 
Selain itu, Israel juga meminta agar Hamas tidak lagi menyeludup senjata ke kawasan Gaza. Syarat-syarat ini adalah sebahagian dari enam usul yang dikemukakan oleh pihak Israel dalam perundingan dengan Hamas di Kaherah, mesir ketika ini. 
Sebagai tambahan, Israel juga hendaklah dibenarkan memburu kumpulan yang melakukan serangan roket ke dalam kawasan Gaza.  
Namun pemimpin tinggi Hamas, Moussa Abu Marzuk menegaskan, pihaknya tidak akan menerima pembentukan "zon keamanan" di kawasan timur Gaza. Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengingatkan bahawa pihaknya akan meningkatkan operasi termasuk mengerahkan 75,000 pasukan tambahan. Netanyahu sudah membuat persiapan dan besar kemungkinan akan melancarkan serangan darat ke atas Gaza. 
Perundingan gencatan senjata dirancang untuk diadakan di Mesir. Perdana Menteri Turki dan Amir Qatar akan berada di Kaherah, bersama wakil Israel dan wakil dari kumpulan pejuang Hamas untuk merundingkan gencatan sejata.
_______________________________________________________________________

Syarat Israel untuk gencatan senjata: 
Hamas berhenti lancar roket ke kawasan Israel selama beberapa tahun...
Hamas berhenti seludup senjata ke Gaza...
Israel boleh masuk ke Gaza memburu penembak roket!
Baru tiga syarat...
dah terasa berat...
tiga syarat yang lain lagi bagaimana? 
Apa pula syarat Hamas kepada Israel?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.