|
Penduduk awam Gaza jadi korban serangan Israel. Foto: Reuters |
GAZA - Pegawai kanan Hamas, Salah al-Bardawil menyatakan, sayap ketenteraan Hamas mempunyai senjata yang mampu menghalang serangan darat Israel. Sehubungan itu, Hamas menganggap proses gencatan senjata sebagai sebuah muslihat pihak Israel.
"Musuh kami harus sedar tentang fakta bahawa kami sudah berpengalaman," ujar Bardawil yang mengulas isu gencatan sejatan, seperti yang dilaporkan akhbar Ynet, Selasa (20/11/2012).
Bardawil turut melihat gencatan senjata sebagai belon yang digunakan dalam ramalan cuaca. Manakala Khaled Meshal menyebut ancaman serangan darat Israel sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan Palestin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga enggan menerima cadangan gencatan senjata yang dianjurkan oleh Perancis dan Qatar. Netanyahu berpendapat, gencatan senjata itu tidak akan menjamin Hamas menghentikan serangan ke atas Israel.
"Israel tidak tertarik dengan penglibatan Perancis dan Qatar kerana saya tidak mahu merosakkan usaha yang dilakukan oleh Mesir," ujar Netanyahu.
Sebelum ini, Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah mengingatkan Israel bahawa serangan darat akan menimbulkan kesan buruk.
Bagi Meshal, siapapun yang memulakan peperangan, peperangan hendaklah dihentikan segera. Meshal dan pemimpin Jihad Islam Ramadan, Abdullah Shalah bersedia untuk bertemu bagi mencapai kata sepakat berhubung cadangan gencatan senjata.
Desakan gencatan senjata juga dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon menjelang kedatangan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton ke Timur Tengah. Ban dan Clinton akan mengunjungi Israel bagi menyokong proses gencatan senjata, namun mereka tidak akan mengunjungi Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.