Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 22 November 2012

Tabung Masjid Jadi Sasaran Pencuri Di KL

MASJID Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak yang kehilangan wang tabung tiga kali dalam tempoh seminggu. Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR - Kegiatan pecah tabung masjid menjadi kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran buat kali ketiga dalam tempoh seminggu yang lalu. 
Satu sumber berkata, kejadian terbaru pada malam kelmarin hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang terkejut apabila mendapati mangga pada tabung itu sudah dipecahkan manakala tabung kosong. 
Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui berapa banyak duit dalam tabung itu. Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis pada pukul 3 pagi semalam. 
"Kejadian pecah tabung itu kemungkinan berlaku antara pukul 10 malam hingga pukul 3 pagi semalam selepas kesemua jemaaah pulang sebaik selesai menunaikan solat Isyak," kata sumber itu. 
Menurut sumber itu, dua hari sebelum itu, dua kejadian sama berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait duit dari dalam tabung menggunakan dawai penyangkut baju yang diubah suai. 
Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian pertama dan kedua. 
Jelas sumber itu lagi, imam masjid berkenaan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang awam yang menjadikan masjid itu sebagai tempat tidur sementara dan mereka yang mengetahui selok-belok dalam masjid itu.
_______________________________________________________________________

Begitulah kisahnya pencuri zaman ini
masjid pun tidak terkecuali!
Saya pernah dengar satu cerita di sebuah masjid
pada suatu hari Tok Bilal nak azan Subuh
seperti biasa dia ketuk-ketuk dulu mikrofon
tapi loud speaker senyap
dia ingat loud speaker tu rosak
lepas solat, cahaya terang-terang tanah
Tok Bilal pergi tengok
rupa-rupanya loud speaker tak rosak
yang rosak...
 
akal orang yang mencuri speaker tu!
Di sebuah surau kampung pula
kipas angin baru dipasang
tapi Subuh hari berikutnya
semua kipas sudah hilang
bila dilapor pada polis
siasatan akhirnya mendapati
kipas-kipas itu dicuri oleh
budak yang dapat kontrak pasang kipas tu semalam!
Kalau nak disebut
banyak lagi kisah-kisah orang mencuri kat masjid
bukan saja duit kena curi
Quran pun kena dicuri
untuk tujuan amalan ilmu hitam!
Sesat sesat!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.