TRIPOLI - Bekas perdana menteri terakhir rejim pemerintah Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah semalam.
Sebaliknya jurucakap Peguam Negara Libya, Taha Baara menyatakan Al-Baghdadi dituduh terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan jenayah kewangan.
Perbicaraan itu hanya berlangsung selama sepuluh minit, sebelum perbicaraan disambung semula pada 10 Disember depan.
Al-Baghdadi melarikan diri ke Tunisia pada September tahun lalu selepas kumpulan pemberontak menguasai Tripoli sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besi Gaddafi yang terbunuh pada 20 Oktober 2011.
Selain perdana menteri, beliau pernah memegang jawatan menteri kesihatan, menteri sumber manusia dan menteri infrastruktur. - Agensi
_______________________________________________________________________
Pandang betul-betul gambar di atas... lihat wajah bekas PM tu... bagaimanakah agaknya perasaan dia... kuasa dah hilang... kebebasan juga dah hilang!
Perhatikan pula tuduhan yang dihadapi... mengancam keselamatan negara... mantan PM mengancam keselamatan negara?
Tuduhan yang satu lagi... jenayah kewangan... penyelewengan wang negara kot?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.