PORTLAND, Maine - Seorang pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion)
Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak merebak ke bahagian belakang kapal yang menempatkan pelbagai komponen nuklear.
Ekoran pengakuan itu, dia mungkin akan dipenjarakan hampir 20 tahun.
Kapal selam itu sedang dibaiki sebelum ia kembali beroperasi pada 2015.
Kos membina kapal selam itu pada 1990 dianggarkan AS$900 juta (RM2.7 bilion)
Jika kapal selam itu dibina pada tahun ini, kosnya dianggarkan AS$1.5 bilion (RM4.6 bilion). - Agensi
_______________________________________________________________________
Dia bakar kapal selam nuklear? Fasal dia, tentera AS rugi AS$450 juta atau RM1.3 bilion! Dahsyat mamat ni.
Dia bakar sebanyak dua kali! Nasib baik tak merebak ke bahagian nuklear!
Kalau merebak... boleh menyebabkan bencana besar... bencana kepada alam... bencana kepada manusia!
Kapal selam tu pula hanya siap dibaik pulih pada tahun 2015!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.