Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 17 November 2012

Akibat Memuja Batu Geliga

TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesaktian.
  

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.
Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia. 
Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan. 
“Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan. 
“Jika gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan itu, saya diberi peringatan ada kemungkinan berlaku musibah kepada saya atau ahli keluarga,” katanya ketika ditemui.
Kredit myMetro 
_______________________________________________________________
 

Astaghfirullah! 

Lelaki tu kata 

Dia beli batu geliga tu 

Sebab bini dia kuat berleter! 

Namun selepas menggunakan batu geliga tu 

Lelaki berkenaan mengalami masalah pendengaran?


Tapi 

Bukankah lelaki tu tak suka bini dia berleter? 

Kini setelah disahkan pekak 

Tentulah lelaki itu 

Tak mendengar lagi suara bini dia berleter!

  

Alangkah baiknya 

Jika kita memohon hanya kepada Allah 

Dengan permohonan yang baik-baik 

Sambil muhasabah diri 

Mengapa isteri kuat berleter!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.