|
Keadaan dalam rumah kapsul. |
WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilaya h Hubei, lapor akhbar New York Daily News.
Setiap bilik kecil itu digelar "rumah kapsul", memiliki keluasan purata suma 4.5 meter persegi.
Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil dalam bangunannya.
Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.
Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya.
Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi
_______________________________________________________________________
Mula-mula kita ambil alat pengukur... kita ukur 4.5 meter persegi tu besar mana...
Lepas tu... kita pandang betul-betul gambar kat atas tu... tempat mandi dah jelas dah... tapi mana tempat tidur?... ruang tamu?... dapur?...
Lepas tu cuba renung... best tak kalau kita tinggal kat rumah kapsul ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.