|
Lubang hitam. Foto: The Register |
CALIFORNIA - Sekumpulan ahli astronomi di Max Planck Institute for Astronomy baru-baru ini telah menemui black hole atau lubang hitam terbesar yang pernah direkodkan. Lubang hitam tersebut dianggarkan telah menelan galaksi induknya.
Lubang hitam besar itu berada di tengah-tengah sistem tata surya NGC 1277. Galaksi tersebut merupakan galaksi kecil dengan ukuran 10 peratus dari Bima Sakti dan terletak 220 juta tahun cahaya dari Bumi, di buruj Perseus.
Hampir setiap galaksi ditemui mempunyai lubang hitam di bahagian pusatnya, namun umumnya hanya sebesar 0.1 peratus dari jumlah keseluruhan saiz galaksi tersebut. Lubang hitam yang baru ditemui ini mempunyai saiz 17 bilion kali lebih besar berbanding Matahari dan memakan sekitar 14 peratus dari galaksi induknya.
Namun kajian mereka mendapati hal tersebut bukanlah suatu yang aneh, sebab terdapat lima galaksi lain mempunyai ciri-ciri khas yang sama. Biasanya, lubang hitam yang lebih besar ditemui di galaksi yang lebih tua. Namun NGC 1277 nampaknya baru berusia kira-kira 8 bilion tahun.
"Saya hendak menyatakan bahawa hal tersebut nampaknya tidak ditentukan oleh usia sesebuah galaksi. Tidak jelas bagaimana boleh terjadi sebuah sistem dengan lubang hitam yang besar sehingga pada nisbah galaksi," jelas profesor Astrofisika dari University of Texas, Karl Gebhart. - The Register
_______________________________________________________________________
Luasnya alam semesta kita
tentu tinggi kos penyelenggaraannya
andai manusia yang menguruskannya
Namun Allah Maha Kaya
lagi Dia Maha Kuasa
maka tiada keberatan bagi-Nya
mentadbir urus alam semesta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.