BAITUL MUQADDIS - Disebalik persetujuan gencatan senjata dengan Hamas, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih bercakap besar dengan mengatakan, Israel dan Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama untuk menyekat penyeludupan senjata dari Iran ke Semenanjung Gaza.
Netanyahu juga mendakwa, negaranya masih kuat untuk mengambil langkah tegas. "Israel tidak akan berdiam diri sementara musuh kami meningkatkan kekuatan dengan menggunakan senjata ganas, senjata yang umumnya datang dari Iran," ujar Netanyahu.
"Pertubuhan pengganas itu menyangka kami sudah terlambat bertindak tegas. Kami masih kuat," tambahnya lagi.
Netanyahu juga menyebut mengenai apa yang dilakukan oleh tenteranya dalam krisis Gaza, di antaranya, memusnahkan roket-roket yang dilancarkan dari Gaza dan memusnahkan pusat pentadbiran Hamas.
_______________________________________________________________________
Inilah dia PM yang suka cakap besar...
ingat tak dulu dia nak serang Iran?
nasib baik Amerika larang...
kalau tak...
malu besar Israel!
Macam mana nak menghancurkan Iran?
nak menghancurkan proksi Iran pun tak mampu!
sedangkan Hamas dan Hizbullah...
hanya menggunakan senjata ringan buatan Iran!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.