Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 9 November 2012

Obama Menang: Trump Berang

WASHINGTON DC: Hartawan hartanah terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump, nyata bengang dengan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden yang berakhir kelmarin.
Trump yang menyokong calon Republikan, Mitt Romney, semalam menggunakan Twitter untuk menghina kemenangan Obama sebelum memadamnya selepas ramai membidasnya.
Ketika meluahkan kekecewaannya, Trump menyifatkan kemenangan Obama sebagai satu penipuan dan bencana kepada demokrasi.
Malah, hartawan berusia 66 tahun itu menggesa revolusi dilancarkan ke atas sistem politik AS termasuk mengadakan perhimpunan di Washington DC.
Penerbit program realiti 'The Apprentice' itu menyiarkan sembilan mesej kepada hampir 1.9 juta pengikutnya, sejurus selepas Obama diisytiharkan menang.
"Rancang semula strategi. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kita perlu berarak ke Washington dan hentikan ejekan ini. Negara ini sudah berpecah. Lawan dan hentikan ketidakadilan menjijikkan ini. Dunia sedang mentertawakan kita.
"Pilihan raya ini satu penipuan. Kita tidak demokrasi. Negara kita kini menghadapi masalah terburuk. Negara kita sudah berpecah.
Electoral college adalah bencana kepada demokrasi," tulisnya.
_______________________________________________________________________

Dia kata, kemenangan Obama satu penipuan? Dia gesa revolusi dilancarkan? Dia ajak orang berarak ke Washington? Dia kata, pilihan raya presiden satu penipuan? Dia kata lagi, negara dia tak demokrasi?  
Apa ni? Berat juga tuduhan mamat umur 66 tahun ni.
Tapi Mitt Romney yang jadi calon... yang kalah... cool pula! Dapat menerima kekalahan. Trump pula yang berlebih-lebih. Tak sangka pula ada mamat macam ni kat negara Uncle Sam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.