Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 20 November 2012

Mengenali Briged al-Qassam




GAZA - Briged Izzuddin al-Qassam atau Briged al-Qassam adalah sayap tentera Pergerakan Hamas yang memerintah Gaza ketika ini. Sayap tentera ini ditubuhkan pada tahun 1984. Penubuhannya adalah hasil usaha beberapa pemimpin dan ulamak Palestin pada masa itu seperti Sheikh Ahmad Yassin (pengasas Hamas), Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada. 
Nama al-Qassam dipilih sempena nama Ezzedeen al-Qassam, seorang pejuang yang mati syahid berdekatan Ya'bad kerana menentang penjajahan British di bumi Palestin pada tahun 1935. 
Berdasarkan maklumat sulit, Briged al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera elit yang dianggotai oleh pemuda Islam yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun. 
Briged al-Qassam memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Israel dan membebaskan Baitul Muqaddis melalui perjuangan jihad. 
Pada ketika ini Briged al-Qassam dianggotai oleh kira-kira 25,000 orang. 
Briged al-Qassam agak berbeza daripada pasukan pejuang Palestin yang berada di bawah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kerana, para pejuang PLO berjuang di bawah semangat kebangsaan, tetapi Briged al-Qassam berjuang di bawah semangat  keIslaman. 
Setiap anggota Briged al-Qassam dikehendaki solat lima waktu secara berjemaah pada setiap hari. Mereka juga dikehendaki berjuang secara ikhas kerana Allah. Selain itu, mereka juga terdiri daripada individu yang bersedia mati syahid atau tidak takut mati. 
Keanggotaan Briged al-Qassam adalah sulit. Identiti setiap anggota, sama ada komandan atau ahli biasa adalah dirahsiakan. Pelawat yang diberi peluang memasuki pusat latihan juga tidak dibenarkan mengambil gambar.
Begitu sedih tentera dan orang awam Israel ini.
Hanya individu yang mempunyai syarat-syarat berikut sahaja yang akan diterima sebagai anggota pasukan elit ini iaitu, berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan sunah nabi secara taat, menjaga solat lima waktu secara berjemaah, mendukung perjuangan membebaskan al-Aqsa dan Palestin, berdisiplin dan taat kepada pemimpin, dan bersedia untuk mati syahid. 
Dari segi persenjataan, Briged al-Qassam menggunakan senjata ringan seperti mesingan, senapang AK-47, bom tangan dan roket grenad. 
Keistimewaan kumpulan tentera elit ini ialah mereka membuat sendiri roket artileri yang dinamakan roket al-Qassam. Roket ini dikeluarkan dalam tiga model. Mereka sudah mempunyai pengalaman membuat roket lebih sepuluh tahun sejak tahun 2000. Roket-roket ini sering mendapat liputan akhbar antarabangsa kerana dilancarkan ke kawasan Israel.
Tentera Israel ini begitu tertekan.
Walaupun Briged al-Qassam dianggotai oleh lebih kurang 25,000 orang sahaja, namun latihan lasak dan taktik peperangan gerila yang mereka amalkan amat berkesan dan sangat menggerunkan tentera Israel yang berjumlah 700,000 orang.
Berdoa sebelum memulakan operasi.
Sejak Intifada bermula tahun 2000, seramai 800 orang anggota Briged al-Qassam telah syahid kerana berjuang menentang tentera Israel.
Namun, semasa di bawah pimpinan Ahmad al-Jabarilah, Briged al-Qassam mengalami banyak kemajuan. al-Jabari bertanggungjawab memodenkan sistem latihan untuk rekrut al-Qassam. 
Selain itu, al-Jabari juga berjaya mewujudkan jaringan hubungan dengan negara-negara seperti Iran, Sudan dan Syria. Hubungan itu menjadikan Briged al-Qassam mudah mendapatkan bekalan senjata dan bantuan kewangan. 
al-Qassam: Pasukan pemburu Syahid.
Menyedari hal itu, Israel menjalankan berbagai usaha untuk membunuh Jabari. Akhirnya, Jabari berjaya dibunuh pada Rabu, 14 November yang lalu. Bagaimanapun, beberapa pemerhati mendapati al-Qassam dengan mudah dapat mencari pengganti Jabari. 
"Al-Qassam selalu bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil. Maka apabila seorang pemimpin mereka terbunuh, pemimpin dari kumpulan lain dengan segera akan menggantikannya," ujar seorang penulis buku konflik Palestin, Jonathan Schanzer, sebagaimana dilaporkan oleh The New York Times, Isnin (19/11/2012). 
Anggota al-Qassam bersama roket al-Qassam
Di bawah pimpinan al-Jabari, al-Qassam dipercayai membahagikan organisasinya kepada enam kumpulan yang  bergerak di enam kawasan yang berbeza di Gaza. 
Setiap kumpulan tersebut mempunyai pemimpin masing-masing yang bertanggungjawab membuat laporan kepada Jabari sebagai pemimpin tertinggi. Kumpulan-kumpulan berkenaan juga mempunyai sistem logistik masing-masing, sehingga mereka dapat bergerak secara berasingan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.