Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 26 November 2012

Presiden Jumpa Hakim Kanan Bincang Masalah Dekri



KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Mursi akan bertemu hakim kanan Isnin ini, selepas mengeluarkan dekri yang mencetuskan protes ganas mirip revolusi tahun lalu.  
Bagaimanapun, Majlis Kehakiman Agung Mesir menganggap dekri Mursi itu hanya sah dalam perkara berdaulat. 
Ini menunjukkan badan kehakiman tertinggi itu tidak menolak keseluruhan dekri berkenaan, tetapi para penentang Mursi mahu dekri itu dibatalkan sama sekali kerana dianggap membahayakan demokrasi.
Pejabat Mursi mengulangi jaminan bahawa dekri tersebut hanya sebagai langkah sementara dan beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari titik persamaan tentang apa yang perlu dimasukkan dalam perlembagaan Mesir. 
Hassan Nafaa, profesor sains politik di Universiti Kaherah berkata, beliau memahami usaha presiden dan badan kehakiman untuk menyelesaikan krisis tersebut tetapi menyifatkan kenyataan mereka sebagai kabur.
Aktivis pada hari Ahad telah berkemah di Dataran Tahrir masuk hari ketiga dan menghalang laluan trafik dengan penghadang sementara kerana membantah 'rampasan kuasa' oleh Mursi dan bimbang presiden itu cuba membolot kesemua kuasa.
Polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan telah bertempur di kawasan berkenaan dan lebih 500 orang dilaporkan cedera. 
Sementara itu, pejabat Ikhwanul Muslimin di bandar Damanhour telah diserang pada hari Ahad, menyebabkan seorang anggota Ikhwanul Muslimin terbunuh dan 60 yang lain cedera.
_______________________________________________________________________

Setakat demonstrasi
penunjuk perasaan bertempur dengan polis
atau polis tangkap penunjuk perasaan
masih boleh diterima
asalkan
polis tak memukul
tak membelasah
atau tak menembak penunjuk perasaan sampai mati !
Semoga krisis di Mesir
akan diselesaikan melalui permuafakatan
bukan melalui tindakan kekerasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.