Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 26 November 2012

Jenazah Arafat Digali Semula Pada Selasa

Tempat jenazah Arafat dikebumikan ini akan digali semula untuk mengambil sampel dari tulangnya.

RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat akan digali pada Selasa esok bagi mengenal pasti punca kematian beliau lapan tahun yang lalu. 
Yasser meninggal dunia di hospital tentera Perancis pada November 2004, kira-kira sebulan selepas jatuh sakit. 
Pemimpin Palestin dan isteri Yasser mendakwa beliau mungkin telah diracun. 
Awal tahun ini, dokumentari krew Switzerland mendakwa ada kesan radioaktif pada pakaian Yasser, menguatkan lagi spekulasi kemungkinan Arafat meninggal dunia kerana diracun. 
Tawfik Tirawi yang mengetuai pasukan penyiasat Palestin berkata, pakar perubatan dari Switzerland, Perancis dan Rusia akan mengambil sampel dari tulang Yasser dan akan menguji sampel di negara masing-masing. 
Menurut Taufik, jenazah Yasser akan dikebumikan pada hari yang sama dengan diberikan penghormatan tentera tetapi tidak dibuka kepada awam. 
Kerja-kerja menggali tempat jenazah Arafat dikebumikan dimulakan dua minggu lalu.
_______________________________________________________________________

Kes kematian Arafat agak misteri
beliau mati ketika konflik Palestin-Israel sedang panas pada tahun 2004 !
Israel pula cuba mengusir Arafat dari Ramallah ketika itu
tetapi pemimpin Palestin itu tetap bertahan !
 
Bagaimanapun beliau jatuh sakit selepas itu
lalu beliau dinasihatkan pergi berubat ke luar negara
Beliau kemudiannya bersetuju pergi ke Perancis untuk berubat
namun beliau tidak sempat kembali semula ke Ramallah kerana meninggal dunia di sana !
 
Soalnya: benarkah Yasser mati kerana diracun? 
Kita tunggu hasil siasatan
dan tindakan kepada pihak yang menyebabkan kematian Arafat !
jika benar Yasser mati kerana diracun...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.