Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 21 November 2012

Kedutaan AS di Israel Di Serang

Bandar Tel Aviv, Israel.

TEL AVIV - Seorang lelaki Israel telah menyerang pengawal keselamatan di Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Tel Aviv. Penyerang berkenaan menyerang menggunakan kapak dan pisau. 
"Penyerang adalah warganegara Israel berusia 40 tahun. Motif serangan sehingga kini belum diketahui tetapi dipercayai bermotifkan politik," ujar jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, sebagaimana dilaporkan oleh Associated Press, Selasa (20/11/2012). 
Kedutaan AS di Tel Aviv sebelum ini dianggap sebagai salah satu tempat paling selamat di Israel. Bangunan ini dikawal pada setiap masa oleh pasukan keselamatan Israel dan Amerika. 
Rosenfeld menambah, kawalan keselamatan pada ketika ini ditingkatkan ekoran serangan itu dan penyerang berkenaan telah diberkas. 
Pengawal dari Israel dilaporkan cedera ringan di kaki. Pihak Kedutaan AS enggan mengulas kejadian ini.
_______________________________________________________________________

Mungkin
lelaki Israel itu stress
dengan serangan roket Hamas
 
Maklumlah
bandar Tel Aviv sebelum ini
merupakan salah satu bandar paling selamat
yang tak dapat dicapai oleh roket Hamas
 
Mungkin
dia lepaskan kemarahan
kepada Amerika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.