Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 22 November 2012

Dua Jam Kawal Trafik Udara KL Tanpa Radar?

Petugas di Pusat Kawalan Trafik Udara. Foto: Malaysiakini

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mengakui bahawa Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur beroperasi tanpa radar selama hampir dua jam ekoran kegagalan sistem yang dialami pada September lalu. 
Dalam jawapannnya kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), menteri itu berkata insiden pada 12 September itu berlaku disebabkan sistem sandaran itu tidak berfungsi selepas satu gangguan elektrik. 
PKR pada September lalu menuntut kerajaan menjelaskan bagaimana masalah itu berlaku selepas mengalami "kegagalan sistem sepenuhnya dengan tiada radar dan frekuensi radio" yang didakwa menjejaskan keselamatan penumpang.
_______________________________________________________________________

Wow!
nasib baik tak berlaku kejadian buruk...
dalam tempoh dua jam itu...
kalau berlaku...
jadilah ia September kelabu!
 
Harap-harap...
pihak yang bertanggungjawab...
betul-betul bertanggungjawab...
bukan hanya pandai menjawab!
Nyawa orang jangan dibuat main
nanti susah nak jawab! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.