Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 23 November 2012

Mantan Presiden Perancis Di Siasat

Nicolas Sarkozy. Foto: Guardian

PARIS - Mantan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy akan disoalsiasat oleh pihak berkuasa kerana disyaki menerima sumbangan dana yang besar daripada pemilik produk kecantikan L'Oreal semasa kempen Pilihan Raya Presiden Perancis 2007. 
Liliane Bettencourt, pemilik L'Oreal yang juga merupakan salah seorang perempuan terkaya di negara itu disyaki memberi dana bernilai jutaan Euro kepada Sarkozy. Namun sehingga kini, Sarkozy yang kalah dalam Pilihan Raya Presiden 2012 menafikan dakwaan itu. Pihak polis tempatan telah menggelidah rumah Sarkozy pada Julai lalu setelah Sarkozy berundur daripada jawatannya. 
Sarkozy diperintahkan hadir ke Mahkamah Bordeaux untuk memberi keterangan. Laporan mengenai penglibatan Bettencourt dalam kempen Sarkozy didedahkan oleh salah seorang pembantu jutawan wanita berkenaan. 
Bettencourt sebelum itu mengaku telah memberi sumbangan sebanyak 150,000 euro, namun dinafikan oleh ahli politik konservatif itu sambil menyifatkan tuduhan itu bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya. 
Selain Bettencourt, Sarkozy juga dikatakan menerima dana daripada mantan pemimpin Libya, Muamar Khadafi dan dikaitkan dengan penangkapan serta pembunuhan mantan pemimpin berkenaan. Bagaimanapun semua tuduhan itu dinafikan oleh Sarkozy.
BBC Khamis, 22/11/2012
_______________________________________________________________________


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.