Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 23 November 2012

Rumah Di Tengah Jalan Raya

SEBUAH kereta berhenti di depan kediaman setinggi lima tingkat di Kampung Xiazhangyang di Wenling semalam.

WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya baru di Kampung Xiazhangyang di sini. 
Bangunan itu tidak dirobohkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan gantirugi yang ditawarkan kerajaan agak rendah. 
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat di bangunan berkenaan. 
Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah. 
Beberapa kenderaan yang melalui jalan tersebut melintasi bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan. 
Bagaimanapun, jalan raya itu masih belum dibuka secara rasmi. 
Agensi
_______________________________________________________________________

Heran juga...
di negara komunis ini...
rumah Luo Baogen tidak disita untuk dirobohkan...
dia pun tidak diusir...
macam kucing kurap !
Heran juga...
Luo Baogen masih boleh demand...
tawar menawar harga pampasan...
dengan pihak berkuasa !
 
Kalau di sesetengah negara lain...
penduduk macam ini akan dikutuk...
rumah atau tanahnya di rampas menggunakan undang-undang...
dan akhirnya dia diusir oleh pegawai penguatkuasa...
bagai anjing busuk kepala!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.