|
Sebuah kenderaan tentera Israel sedang meronda kawasan sempadan Gaza di timur Khan Yunis |
BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan.
Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu.
|
Kereta kebal Israel bersiap sedia di seberang sempadan |
Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas.
Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu.
Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza.
"Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu," kata seorang saudara lelaki tersebut.
Agensi
____________________________________________________________________
Tentera Israel itu mungkin rasa geram
sampai kehilangan akal yang waras
sehingga tergamak menembak mati
seorang lelaki yang tidak bersenjata
yang hanya hendak meletak bendera di pagar sempadan !
Atau...
Mungkin juga dia jealous
melihat wajah pemuda-pemuda Palestin itu
masih boleh senyum dan tak rasa takut
walaupun berhadapan
kereta kebal dan senjata automatik !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.