|
Jubir Hamas Abu Zuhri. Foto: Guardian |
GAZA CITY - Hamas belum memutuskan tindakan yang akan diambil berikutan serangan tentera Israel terhadap penduduk Gaza.
"Kami yakin, ini adalah pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata pertama tajaan Mesir. Hamas belum memutuskan langkah sebagai tindakbalas terhadap pelanggaran oleh Israel, namun kami berharap pelanggaran tidak akan berlaku lagi," ujar juru cakap Hamas, Abu Zuhri.
"Pada pagi Jumaat, sekumpulan petani cuba memasuki ladang mereka berdekatan sempadan Gaza di bandar Khan Younis. Bagaimanapun tentera Israel melepaskan tembakan ke atas mereka, menyebabkan enam orang mengalami kecederaan," ujar saksi yang melihat kejadian itu.
Selepas kejadian tersebut, puluhan penduduk Gaza dikatakan berarak ke kawasan sempadan. Seorang daripada mereka ialah Anwar Qdeih yang meninggal dunia kerana terkena tembakan di kepala. Manakala belasan lainnya cedera parah akibat tembakan berkenaan.
Hamas bercadang membuat laporan berkaitan insiden berkenaan kepada Mesir selaku pihak penaja perjanjian gencatan senjata tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.