Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 19 November 2012

Romney Dikecam Oleh Parti Republikan

Mitt Romney (Foto: AP)


WASHINGTON - Walaupun sudah kalah dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2012, Mitt Romney masih terus mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap Presiden Barack Obama. Kenyataan terbaru Romney telah mengundang kecaman daripada parti Republikan. 
Sebelum itu, Romney mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa, kemenangan Obama disebabkan berbagai hadiah kepada golongan Hispanik, Afrika Amerika dan golongan muda. Kenyataan Romney itu menyebabkan kekecohan di kalangan parti Republikan yang dianggotai oleh Romney. 
Senator Republikan dari Florida, Marco Runio, enggan bercakap banyak mengenai kenyataan Romney itu. Dia bahkan tidak menyenangi kenyataan Romney yang disifatkannya sebagai "sebuah analisis untuk para penderma." Demikian dilaporkan oleh Reuters, Jumaat (16/11/2012). 
Sementara Gabenor Florida, Rick Scott yang juga ahli Republikan mengecam kenyataan Romney. Ketika ini parti Republikan menyedari bahawa golongan minoriti seperti Hispanik dan Afrika Amerika merupakan pengundi penting bagi membuka laluan ke White House. 
Dalam satu majlis yang dihadiri oleh para penderma daripada golongan kaya Amerika, Romney menyebut bahawa Obama menang kerana memberikan "hadiah" kepada golongan Hispanik, Afrika Amerika dan golongan muda. Kepada Hispanik, Obama memberikan hadiah berupa janji bahawa anak-anak pendatang haram tidak akan diusir dan bagi pemilih kulit hitam pula, mereka diberikan hadiah sistem kesihatan percuma. 
Manakala untuk golongan muda, Obama memberikan hadiah kemudahan pinjaman pendidikan dengan kadar faedah yang rendah. Romney bagaimanapun tidak menyedari yang kenyataan beliau itu dicatat oleh para wartawan.
_______________________________________________________________________

Perkara begini... 
hampir tidak berlaku dalam politik Amerika! 
Selalunya selepas pilihan raya presiden... 
calon yang kalah... 
tidak lagi akan berkata apa-apa! 

Tapi Romney lain... 
lepas cakap... celupar! 
membuat ahli Republikan yang lain... 
pening kepala! 
takut pengundi Hispanik... 
pengundi kulit hitam dan golongan muda tersinggung... 
dan menjauhkan diri daripada Republikan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.