Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 8 November 2012

Pesawat Terbabas Di Marudi Sarawak




MARUDI: Sebuah pesawat Maswings jenis DHC-6 Twin Otter yang mendarat di Lapangan Terbang Marudi kelmarin menjadi pesawat pertama yang terbabas ke parit sejak perkhidmatan udara luar bandar diadakan di situ.  
Pesawat penerbangan MH 3562 itu bertolak dari Miri jam 2.19 petang dan mendarat di landasan Lapangan Terbang Marudi jam 2.33 petang, ketika cuaca dalam keadaan baik, kemudian menyimpang ke sebelah kiri landasan lalu merempuh pagar dan kemudian terhenti di parit. 
OCPD Baram, Abu Bakar Moktar memberitahu akhbar bahawa pesawat 19 penumpang itu membawa 17 penumpang dan kesemua mereka selamat, kecuali seorang penumpang wanita yang mengalami sedikit kecederaan di kaki. 
Cikgu Hajijah Dollah

Sementara itu, seorang guru sekolah berusia 49 tahun, Hajijah Dollah berkata, beliau merupakan penumpang pertama yang dapat keluar selepas beliau membuka sendiri pintu belakang, apabila pesawat terhenti. 
Trauma dengan kejadian itu, beliau tidak dapat mengingati banyak, apa yang sebenarnya berlaku sehingga terjadinya kemalangan tersebut. - Borneo Post

_____________________________________________________________

Inilah risiko yang dihadapi oleh penduduk di pedalaman Sarawak, termasuk kaki tangan kerajaan yang ditempatkan untuk menjalankan tugas mereka di kawasan tersebut. Mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan udara sebagai kemudahan pengangkutan kerana masalah perhubungan.
Nasib baiklah kemalangan ini tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan parah. Sebenarnya, bukan sahaja Cikgu Hajijah yang trauma dengan kejadian ini, kita yang melihat gambar kejadian pun turut terasa trauma nak naik kapal terbang seperti ini.
Semoga Cikgu Hajijah tabah menghadapi kejadian ini dan tidak lemah semangat untuk meneruskan tugas sebagai pendidik di kawasan pedalaman.
Nak tahu di mana letaknya Marudi? Sila google. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.