|
Tentera Syria bertempur dengan sanak saudara mereka sendiri. (Foto: Reuters) |
DAMSYIK - Ramai tentera Syria lari dari pasukan masing-masing ketika berada di luar pengawasan pegawai mereka dan belot menyokong penentang kerajaan.
Mereka dilaporkan belot kerana tidak mahu bertempur dengan saudara-mara mereka yang berjuang di sebelah pihak penentang.
"Kerajaan Syria sering menghantar pasukan untuk bertempur di tempat asal mereka. Bagaimanapun tentera berkenaan tidak menemui pengganas tetapi saudara-mara mereka yang bangkit mengangkat senjata untuk menjatuhkan rejim Bashar al-Assad," ujar Abu Obaida.
"Ramai tentera kehilangan moral. Mereka tidak dapat bertempur untuk kerajaan dengan sepenuh hati kerana ramai ahli keluarga mereka merayu supaya mereka belot ke pihak penentang," kata Bassam Humidy, salah seorang tentera Syria yang belot.
Ramai tentera yang disyaki akan belot dipanggil semula dari lapangan, diawasi secara ketat oleh pegawai masing-masing dan senjata mereka ditarik balik agar senjata tersebut tidak dibawa bersama sekiranya mereka belot.
Selain tentera, pembelotan juga dilakukan oleh anggota polis Syria, yang kini dikerah untuk membantu tentera bertempur dengan pihak penentang.
Anggota polis lebih mudah belot kerana mereka tidak tinggal di berek.
Abu al-Homsi, seorang anggota polis yang belot ke pihak penentang menceritakan, kira-kira 70 orang dari pasukannya di bandar Allepo belot dan berjuang di pihak penentang.
Homsi selanjutnya berkata, ketika ini hanya tinggal 11 orang dalam unit polis yang pernah dianggotainya. Kesemua anggota polis berkenaan kemudiannya dipaksa tinggal di markas tentera dan di awasi secara ketat.
_______________________________________________________________________
Pulak dah !
tentera Syria dikerah balik kampung
kononnya untuk menumpaskan pengganas
sampai di kampung
bukan pengganas yang mereka jumpa
tapi sanak saudara sendiri yang bangkit mengangkat senjata
menentang pemerintah yang menzalimi mereka !
Agak sulit juga
kalau kita berada dalam situasi mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.