|
Pegawai tentera laut Iran berdiri bangga di atas kapal selam Qadir. Di balakang Qadir, ialah hoverctaft. Foto: AFP |
TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.
Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.
Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.
Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.
Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.
Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.
Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan program tersebut bertujuan untuk menjana tenaga elektrik. - Agensi
_______________________________________________________________________
tu dia...
Iran dah mampu BUAT SENDIRI kapal selam...
kapal selam yang BEBAS daripada KONTROVERSI
kapal selam yang BEBAS daripada KORUPSI !
bukan kapal selam aje...
hovercraft pun mereka dah boleh buat sendiri
kejayaan yang WAJAR KITA TELADANI !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.