Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 20 November 2012

Israel Ingin Hancurkan Gaza

Seorang kanak-kanak Palestin menaiki rumahnya yang hancur (Foto: AP)

TEL AVIV - Sikap permusuhan Israel terhadap Palestin boleh dilihat melalui pandangan Gilad Sharon, anak mantan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon. Kenyataan beliau dalam akhbar Jerusalem Post, jelas menunjukkan keinginannya untuk menghancurkan Gaza. 
"Kita harus menghancurkan seluruh kawasan Gaza, meratakan seluruh Gaza, sebagaimana Amerika Syarikat (AS) tidak berhenti setakat Hiroshima, ketika Jepun lambat menyerah kalah (dalam Perang Dunia Kedua), sehingga AS menghancurkan Nagasaki juga," ujar Gilad Sharon dalam sebuah artikel di Jerusalem Post, sebagaimana dilaporkan Newstateman.com, pada Isnin (19/11/2012). 
Bukan Gilad Sharon sahaja yang membandingkan Gaza dengan Jepun. Menteri Luar Negeri Israel dan pemimpin Parti Ultra-Nasionalis, Yisrael Beiteinu juga menyatakan hal yang sama ketika Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada tahun 2008. Mereka berpendapat, Israel hendaklah menghancurkan Hamas sama seperti AS menghancurkan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, tanpa perlu menduduki kawasan berkenaan. 
Semasa Perang Dunia Kedua, bom atom AS telah menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki, yang menjadikan AS tidak perlu menduduki Jepun. Apakah Israel mempertimbangkan tindakan serupa? Sukar untuk difikirkan, tetapi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pernah menyatakan pada Oktober 2009, bahawa Menteri Luar Lieberman pernah mengancam menggunakan senjata nuklear ke atas Gaza. 
Fikiran singkat mereka yang memimpin Israel juga ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Eli Yishai. Minggu lalu, Yishai mengemukakan cadangan yang mengerikan mengenai penyelesaian masalah Gaza. 
"Tujuan operasi ini ialah untuk mengembalikan Gaza ke zaman pertengahan. Hanya dengan cara ini, Israel dapat mengecapi keamanan selama 40 tahun," kata Yishai, sebagaimana dipetik akhbar Jerusalem Post. 
Masuk hari keenam serangan Israel ke atas Gaza, seramai 91 warga Palestin dilaporkan sudah terbunuh. menurut Kementerian Kesihatan Gaza, ratusan warga yang lain lagi dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.
_______________________________________________________________________

Memang hasrat warga Israel itu kejam...
jauh bezanya dengan rakyat Malaysia...
nak bunuh nyamuk pun tak sampai hati! 
Bayangkan...
rakyat Malaysia tahu...
nyamuk aedes itu boleh membunuh mereka!
tapi mereka masih berkompromi...
enggan memusnahkan...
tempat tinggal dan tempat membiak...
nyamyuk-nyamuk aedes!
 
Tidak seperti warga Israel...
tidak teragak-agak...
membunuh dan memusnahkan...
setiap apa yang mereka rasa...
mengancam keselamatan mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.