|
Bomoh Siam (gambar hiasan). Foto: kosmo |
|
Kedai nombor ekor (gambar hiasan). Foto: sarawakonline |
IPOH: Setelah dipercayai memperdaya sekian ramai orang sejak 2005 dengan menyamar sebagai bomoh Siam, menjanjikan kemenangan pertaruhan nombor ekor, seorang lelaki berumur 30 tahun ditahan polis dan direman.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek berumur 30 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah pada 27 Mac lepas apabila dipercayai terlibat dalam empat kes penipuan di sekitar Taiping dan Manjung di sini.
"Suspek juga dipercayai memperdaya mangsa di negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor hingga menyebabkan mangsa sanggup memasukkan wang berpuluh ribu ringgit ke dalam akaun suspek," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan, polis mendapati modus operandi suspek ialah mengedarkan risalah ke rumah mangsa, menyatakan bahawa orang awam akan memenangi nombor ekor dengan bantuan bomoh Siam.
"Mangsa yang terpedaya dengan risalah itu akan menghubungi suspek dan suspek pada awalnya akan menyamar sebagai pembantu bomoh dan selepas itu sebagai bomoh Siam. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.