|
Orang ramai melihat perut buaya dibelah selepas dijumpai di Batang Samarahan Kampung Niup, Samarahan semalam. |
SAMARAHAN – Seorang remaja berusia 15 tahun dikhuatiri maut dibaham buaya sepanjang kira-kira empat meter ketika sedang memancing bersama dua sepupunya di Batang Samarahan di Kampung Niup di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, Mohd. Iswandi Dollia dari Kampung Niup di sini dipercayai disambar reptilia itu ketika menyelam ke dasar sungai untuk membuka mata kail pancing yang dikatakan tersangkut.
Menurut sepupunya yang juga saksi kejadian, Mohd. Iwan Majid, 15, berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia sekadar sempat melihat kocakan air sungai di tempat kejadian.
Katanya, dia bersama seorang lagi sepupunya, Yusof Nuri, 15, tergamam dengan situasi itu dan menyangka Iswandi bergurau dengan mereka namun mangsa terus tidak timbul-timbul.
“Pada mulanya saya ternampak objek hitam tetapi tidak sangka ia adalah buaya.
“Selepas kelibat Iswandi hilang, saya cuba mengejar jejak buaya dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai tetapi tidak berhasil sebelum pulang memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. - Kosmo!
|
Dollia sedih menunggu berita nasib anaknya. Foto: myMetro |
Asajaya: “Kami seolah-olah dilibas sesuatu dan pada masa sama kelibat Hiswandi hilang,” kata Mohd Iwan Majid, 14, rakan kepada Mohamad Hiswadi Dollia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Samarahan, dekat sini, kelmarin.
Mohamad Hiswandi, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air ketika membersihkan tubuh sebaik selesai memancing bersama seorang lagi rakan, Mohd Yusuf Nuri, 15, jam 12.30 tengah hari.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Iwan berkata, seperti biasa mereka ke sungai terletak satu kilometer dari rumahnya itu untuk memancing pada jam 11 pagi sebelum membuat keputusan pulang sebelum azan Zuhur.
|
Dalam bulatan: Mohd Hiswandi, 15, anak Dollia. Foto: myMetro |
“Saya dan Hiswandi turun ke sungai membersihkan diri, manakala Mohd Yusuf menunggu di tebing dan ketika berenang, Hiswandi berada di sebelah saya sebelum tiba-tiba kaki kanan saya tersentuh objek bersisik.
“Tidak lama kemudian, Hiswandi yang menyelam terus hilang dan pada masa sama saya melihat seekor buaya melibas ekor lalu terkena kaki saya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.