|
Carrefour akan bertukar menjadi AEON BIG |
KUALA LUMPUR - Syarikat peruncitan utama Jepun, AEON Co. Ltd. (AEON) mengambil alih operasi Carrefour Malaysia (Carrefour) melibatkan 26 buah unit pasar raya besar melalui penjenamaan semula sebagai AEON Big Malaysia dengan harga belian sebanyak 15.1 bilion Yen (RM575.5 juta).
Usaha itu sekali gus mengangkat AEON sebagai kumpulan peruncitan kedua terbesar di Malaysia.
AEON menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih kesemua saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificent Diagraph Sdn. Bhd. (MD) dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd. yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam MD, daripada Carrefour S.A. dan anak-anak syarikatnya.
Kosmo! Online 2.11.2012
_______________________________________________________________________
Syarikat AEON Jepun beli rangkaian pasa raya besar Carrefour di Malaysia dengan harga RM575.5 juta! Tapi, mengapa bukan syarikat Melayu atau bumi putera yang membeli rangkaian pasar raya besar tersebut.
Harga jualan rangkaian pasar raya tersebut pun tidaklah sampai RM1 bilion. Rasanya, orang Melayu mampu mengadakan modal kalau setakat RM575.5 juta. Sebab, ramai orang Melayu sekarang berduit. Ahli politik Melayu misalnya, mampu mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit untuk bertanding dalam pemilihan parti mereka.
Selain itu, ada orang Melayu sekarang bercakap tentang bisnes yang bernilai juta-juta ringgit. Orang Melayu juga digambarkan memiliki syarikat-syarikat besar yang mengendalikan bisnes bernilai juta-juta ringgit dalam drama Melayu yang siar di tv. Tetapi, mengapa rangkaian pasar raya besar seperti Carrefour tidak dibeli oleh syarikat atau konsortium Melayu?
Kita ingin melihat rangkaian pasar raya besar milik orang Melayu. Sebab, kita tidak boleh berbangga setakat ada pasar raya Mydin! Kita boleh berbangga dengan Mydin sebagai orang Islam, tetapi bukan sebagai orang Melayu! Tidak berbaloi kita melaungkan slogan 'ketuanan Melayu' kalau kita masih belum memiliki rangkaian pasar raya besar, sedangkan kita telah merdeka lebih 50 tahun!
Tapi kalau difikirkan dalam-dalam, memanglah Melayu tidak mampu memiliki dan menguasai pasar raya besar. Jangankan pasar raya besar, pasar malam pun kita tidak menguasainya! Sebab, yang ramai berniaga di pasar malam di seluruh negara ialah kaum pendatang! Bukan orang Melayu! Maafkan saya kalau ada yang terasa hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.