|
John Brennan calon Pengarah CIA dikatakan telah memeluk agama Islam pada tahun 1990-an. Foto: imej carian google |
|
Brennan semasa sesi pendengaran di Dewan Senat AS. Foto: imej carian google |
|
Brennan semasa diumumkan sebagai calon Pengarah CIA oleh Presiden Obama. Foto: imej carian google |
WASHINGTON - Penasihat anti-keganasan Amerika Syarikat (AS) John Brennan yang dicadangkan sebagai calon Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) didakwa telah memeluk agama Islam. Dakwaan itu dikemukakan oleh bekas agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Salah seorang bekas pegawai FBI, John Guandolo mengatakan, Brennan pernah melawat kota suci Mekah dan Madinah bersama beberapa pegawai Arab Saudi. Para pegawai Saudi itu dikatakan telah memujuk Brennan memeluk agama Islam. Kejadian itu berlaku pada dekad 1990an, pada ketika Brennan berkhidmat di Arab Saudi.
Kunjungan ke dua kota suci itu dilakukan oleh Brennan pada musim Haji. Walaupun demikian, Guandolo yang bercakap dalam acara Trento Radio Show tidak menyatakan, sama ada Brennan memasuki masjid di dua bandar suci itu. Seperti diketahui, orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram.
"Brennan tidak sesuai untuk memimpin CIA, pegawai kerajaan AS di Arab Saudi (pada dekad 1990an) menjadi saksi mengenai hubungan rapat Brennan yang bekerja dengan Kerajaan Saudi. Mereka juga menyaksikan Brennan memeluk agama Islam," ujar Guandolo.
Lelaki berusia 57 tahun itu merupakan seorang veteran di dunia perisikan AS. Brennan dicalonkan menjadi Pengarah CIA baru pada 7 Januari, oleh Presiden Barack Obama.
Sebagai seorang pegawai keselamatan, Brennan bukan anggota Republikan atau Demokrat. Panetta dan Morrell juga mengalu-alukan pencalonan para pengganti mereka. Brennan pernah dicalonkan oleh Obama pada tahun 2008 sebagai Pengarah CIA, tetapi menarik diri atas beberapa alasan.
Setakat ini, CIA belum mengulas mengenai dakwaan yang dinyatakan oleh Guandolo. Pencalonan Brennan sebagai pimpinan CIA juga mendapat kritikan oleh kalangan ahli politik di AS. - Dailymail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.