KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 2,011 penjawat awam diisytiharkan bankrap dalam pentadbiran Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdi) sejak lima tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Ketua Pengarah Insolvensi hanya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk makluman kebankrapan sebaik sahaja seseorang penjawat awam diisytihar bankrap. "Ini supaya kawal seliaan ke atas kelakuan dan hal ehwal kewangan bankrap tersebut dapat dilakukan dengan baik dan berkesan."
"Ia bertujuan untuk memastikan bankrap berkenaan memberi kerjasama kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam pentadbiran kes kebankrapannya dan dapat dikeluarkan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat," katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR - Tanah Merah) mengenai jumlah penjawat awam yang diistihar bankrap.
BERNAMA
_______________________________________________________________________
Saya teringat kata-kata orang bijak pandai yang berbunyi, "kekayaan bukan berapa banyak wang yang kita dapat tetapi berapa banyak wang yang kita simpan".
Sayangnya di negara ini, status jawatan tetap dan gaji tetap penjawat awam menjadi pendorong kepada pihak finance dan bank menawarkan berbagai skim pinjaman kepada mereka.
Maka bagi penjawat awam yang tidak menghiraukan konsep aset dan liabiliti, mereka menganggap skim-skim berkenaan sebagai suatu peluang untuk berbelanja lebih dan memiliki harta.
Kesudahannya, mereka terjebak dengan keterhutangan yang serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.