|
Dr Jerip memberi penerangan kepada media berhubung status sebenar rokok elektronik. |
|
Foto: nizarazu.com |
|
Laporan akhbar berkaitan rokok elektrik sebelum ini. Sumber: nizarazu |
|
Imej rokok elektronik yang lain. Foto: kisahemasputih |
KUCHING - Penjualan rokok elektronik tidak haram, namun cecairnya yang mengandungi nikotin perlu didaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, kegagalan berbuat demikian mungkin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952.
Menurutnya, operasi akan terus dijalankan bagi memastikan penjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin dapat mendaftarkan bahan itu dengan segera.
“Rokok elektronik tidak haram dan boleh dibeli, tetapi jika cecairnya mengandungi nikotin maka ia (cecair) perlu didaftar dengan Kementerian Kesihatan.
“Namun jika cecair tidak mengandungi nikotin, tiada masalah untuk menjualnya,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, sekatan penjualan bahan itu yang berlaku sebelum ini sepatutnya tidak berlaku kerana ada antara individu menghisapnya untuk berhenti merokok.
“Kontroversi yang timbul sebelum ini mungkin disebabkan cecairnya mengandungi nikotin.
“Namun, ada antara mereka yang hendak berhenti merokok dan menghisapnya memerlukan nikotin… jika tidak mungkin akan timbul masalah kesihatan kerana berhenti (merokok) mengejut,” ujarnya.
Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan menjelaskan, menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Beliau dipetik sebagai berkata, ini kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair rokok elekronik dalam pelbagai kepekatan tertentu. - Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.