|
Sebahagian remaja yang ditahan kerana menyertai parti liar di pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, KL. Foto: Berita Harian |
|
Mereka yang terlibat dengan parti liar sedang dibawa oleh polis ke IPD Dang Wangi |
KUALA LUMPUR – Seramai 38 pengunjung dan seorang penganjur parti sulit dengan mengambil dadah serta minum minuman keras diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen servis Regalia Residence di Jalan Sultan Ismail di sini semalam.
Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi, semua pengunjung berketurunan Melayu berusia 18 hingga 31 tahun berada dalam keadaan khayal dipercayai mengambil dadah sedang berseronok di tingkat 18 daripada 37 tingkat apartmen itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mereka yang ditahan membabitkan 26 pengunjung lelaki dan 12 pengunjung perempuan manakala penganjurnya pula seorang lelaki juga berketurunan Melayu.
“Bertindak atas maklumat ada parti sulit dadah disertai sekumpulan lelaki dan wanita, sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menyerbu apartmen tersebut.
“Pemeriksaan di kediaman itu, polis menahan 38 orang termasuk penganjurnya yang ketika itu sedang khayal dipercayai mengambil ganja dan pil ekstasi sambil mendengar muzik kuat,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.