BANGKOK - Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand semalam.
Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.
Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.
Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. - AFP / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.