Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 23 Februari 2013

Cameron Mohon Obama Hadir Sidang G8 Tanpa Isteri

Cameron mohon Obama dan para pemimpin negara lain tinggalkan isteri semasa Sidang G8 di Ireland Utara

PM British, David Cameron bersama isteri, Samantha Cameron

Samantha Cameron (kiri sekali) tidak dapat hadir tiga pertemuan Sidang G8 sebelum ini

Presiden Perancis, Francois Hollande bersama teman wanitanya, Valerie Traiweiler


LONDON - Perdana Menteri Britain David Cameron meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak membawa isterinya, Michelle, dalam pertemuan G8 tahun ini. Cameron ingin pertemuan tersebut berlangsung dengan fokus. 
Keinginan Cameron agar pertemuan pada bulan Jun itu tidak disertai para isteri dan teman wanita para pemimpin dunia, kerana topik yang akan dibincangkan sangat penting. Beliau dan para pemimpin dunia ingin fokus kepada isu perbincangan tanpa gangguan daripada para isteri dan teman wanita. 
"Perdana Menteri mahukan pertemuan G8 berlangsung intim dan fokus dalam tiga isu khusus seperti cukai, perdagangan dan ketelusan. Isu lain seperti peranan para isteri pimpinan G8, belum disahkan," ujar jurucakap pejabat Perdana Menteri Britain. 
Apa yang diminta oleh Cameron ini samalah seperti  jurulatih pasukan bola sepak yang melarang pemain membawa isteri dan teman wanita ketika pertandingan. Umumnya, dalam dunia olaharga sebutan isteri dan kekasih dikenali dengan WAG (Wifes and Girlfriends). 
Cadangan Cameron ini mendapat perhatian para diplomat yang melakukan pertemuan sebelum sidang kemuncak para pemimpin dunia itu. Mereka ingin tahu apakah para isteri dan teman wanita para pemimpin berkenaan bersetuju ditinggalkan pada pertemuan kali ini. 
Isteri Cameron, Samantha Cameron sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia akan memecah tradisi pertemuan G8. Dia tidak akan hadir dalam pertemuan itu dan tidak akan menjamu para isteri dan teman wanita pemimpin negara yang hadir dalam pertemuan negara-negara maju tersebut. 
Jika hasrat Cameron itu berjaya, bermakna Wanita Pertama AS Michelle Obama dan teman wanita Presiden Perancis Francois Hollande, Valerie Traiweiler tidak akan hadir dalam pertemuan itu. Lokasi pertemuan dijadualkan berlangsung di Resort Lough Erne di Ireland Utara. 
Bagaimanapun panitia pertemuan mengakui tidak  mempunyai kemampuan untuk menolak jika para pemimpin tersebut berkeras untuk membawa pasangan masing-masing. Jika hal itu terjadi, Samantha Cameron hanya akan memberikan jamuan makan tengah hari di Pejabat Perdana Menteri Britain, Downing Street nombor 10. 
Rancangan untuk melarang para isteri para pemimpin negara turut serta dalam pertemuan G8 menimbulkan kehairanan berbagai pihak. Sebelum ini isteri Perdana Menteri Britain tidak dapat hadir dalam tiga pertemuan G8. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.