Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 12 Februari 2013

Bandaraya Glasgow Siap Nanti Ketibaan Alien

Bandaraya Glasgow. Foto: imej carian google

Kemudahan pengangkutan awam bandaraya Glasgow. Foto: imej carian google

Bandaraya ini juga terkenal dengan kebersihannya. Foto: imej carian google


GLASGOW - Para pegawai tempatan di bandaraya Glasgow, Scotland, bersiap sedia memberikan sambutan hangat dan damai terhadap makhluk asing yang ingin mendarat di bandaraya tersebut. Mereka sudah mempersiapkan protokol khusus bagi makhluk asing itu. 
"Pada ketika manusia semakin maju dan boleh pergi ke  angkasa lepas, kami juga akan menarik mereka yang hidup di luar sana (angkasa)," ujar salah seorang pegawai tempatan di Glasgow. 
Salah seorang pegawai Scotland, Dr Kenneth Meechan, mengatakan bahawa bandaraya Glasgow akan membuat perjanjian antarabangsa seperti Perjanjian Luar Angkasa 1967 untuk menetapkan masalah itu. Meechan menyebut bandaraya itu sebagai bandar yang sangat menarik kepada pengunjung asing. 
"Glasgow, tentu merupakan bandaraya yang menarik kepada pengunjung dan sudah mendapat penghargaan pada peringkat nasional dan antarabangsa," ujar Meechan. 
"Kami yakin, pengunjung dari angkasa lepas ingin memasukkan Glasgow ke dalam senarai tempat menarik yang patut dikunjungi. Kami bersedia menjamu mereka dengan hangat dan damai," katanya, menutup perbualan. - Scotsman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.