Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 26 Februari 2013

Jambatan Pulau Pinang Sesak

Lorong tengah di Jambatan Pulau Pinang. Foto: aintasnim.blogspot


GEORGE TOWN - Lorong tengah Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town di kilometer 6.5 hingga kilometer 6.7 ditutup sehingga Rabu ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan besi penghubung dijalankan di jambatan itu. 
Projek Lebuh Utara Selatan (PLUS) dalam kenyataan di sini hari ini menasihati semua pemandu laluan berkenaan supaya berhati-hati dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. 
Bagaimanapun penutupan lorong itu tidak akan menjejas penggunaan jambatan berkenaan kepada orang ramai. 
Terdahulu, Bernama melaporkan keadaan trafik di lokasi berkenaan mengalami kesesakan luar biasa berikutan berlaku masalah teknikal di jambatan itu. 
Masalah berkenaan dikesan pada pukul 10.37 pagi dan kerja-kerja membaik pulih bermula pada pukul 1.00 tengah hari. 
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau melayari laman web www.plus.com.my untuk maklumat lanjut. - BERNAMA


Dari Berita Harian


Jambatan Pulau Pinang ketika sedang dalam pembinaan. Foto: mmmutiara.blogspot


GEORGETOWN: Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town hari ini mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu. 
Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Amran Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya mengenal pasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas. 
"Kita mengesan masalah ini 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya," katanya. 
Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar. 
Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3 kilometer (km) dari Seberang Jaya. - BERNAMA

Inilah bahagian yang rosak itu. Foto: jalanpulang

Kelihatan deretan kenderaan yang panjang sedang melalui jambatan. Foto: jalanpulang

Beginilah keadaan sesak di jalan masuk ke jambatan. Foto: jalanpulang


Berita 27.2.2013



KUALA LUMPUR - Semua lorong di Jambatan Pulau Pinang kini telah dibuka semula selepas kerja penyelenggaraan segera dan membaiki besi penyambung jambatan di Km6.7 arah ke pulau selesai pukul 7.30 pagi tadi. 
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Datuk Noorizah Abd Hamid berkata lorong di Km6.7 itu terpaksa ditutup serta-merta kerana besi penyambung jambatan didapati terkeluar dan boleh membahayakan pengguna serta menyebabkan kerosakan pada kenderaan. 
"Bagaimanapun kajian dan siasatan oleh pakar dan pihak perunding menunjukkan kerosakan pada besi pengadang jambatan tersebut tidak menjejaskan struktur Jambatan Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.