Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 Februari 2013

Kedai Depan Pondok Polis Kena Rompak

Bulatan (kiri) ialah Pondok Polis Selayang Baru dan bulatan kanan ialah kedai emas.


GOMBAK – Dua penjenayah bagaikan mencabar kewibawaan polis apabila mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari Pondok Polis Selayang Baru di Jalan 11 B, Selayang Baru di sini semalam. 
Semasa kejadian pada pukul 10.15 pagi, seorang pemuda, Mohd. Zaki Alias, 23, nekad mengejar kedua-dua perompak itu sejauh 100 meter sebelum bergelut dengan suspek yang bersenjatakan parang selepas kejadian rompakan itu tidak disedari anggota polis yang bertugas di pondok polis itu. 
Mohd. Zaki, seorang saksi yang melihat rompakan itu berkata, sebelum kejadian dia yang berada di kedai emas milik abangnya yang terletak sebelah kedai emas yang dirompak terkejut apabila mendengar bunyi kaca pecah tiga kali sebelum diikuti jeritan meminta tolong. 
Curiga dengan bunyi tersebut, Mohd. Zaki menjenguk kedai emas sebelah sebelum ternampak dua lelaki bertopi keledar dengan seorang memegang parang cuba melarikan diri sambil membawa sebuah beg kecil dipercayai berisi rantai leher yang dirompak. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.