|
Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline |
BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.
Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.
Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.
"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline / Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.