|
Pope Benedict XVI mengumumkan akan meletakkan jawatan beliau pada 28 Februari ini |
|
Pope Benedict berumur 85 memutuskan berundur atas alasan "sudah meningkat usia" |
ROM - Pope Benedict XVI mengumumkan akan meletakkan jawatan beliau pada 28 Februari ini, satu perkembangan yang mengejutkan masyarakat Roman Katolik.
Pemimpin Kota Vatican itu yang berumur 85 memutuskan demikian atas alasan "sudah meningkat usia" dan sudah tidak ada kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Beliau dilantik ke jawatan itu pada tahun 2005.
Kali terakhir seorang pope meletakkan jawatan adalah Gregory XII iaitu pada tahun 1415. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.