Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 11 Februari 2013

British Halang Scotland Tinggalkan United Kingdom

Perdana Menteri British David Cameron. Foto: AP


LONDON - Kerajaan British kembali meningkatkan kempen untuk menghalang Scotland daripada meninggalkan United Kingdom. Bagi British, Scotland akan kehilangan keanggotaannya dalam beberapa organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah. 
Parti Nasional Scotland (SNP) yang merupakan parti pro-kemerdekaan, akan mengadakan referendum untuk menentukan status kemerdekaan Scotland. Namun Kerajaan British telah mengeluarkan pendapat perundangan setebal 57 halaman mengenai kemerdekaan Scotland. Pendapat itu ditulis bersama dua orang pemerhati politik bebas. 
Menurut British, pengaruh antarabangsa yang selama ini dimiliki Scotland akan hilang jika Scotland meninggalkan United Kingdom. Scotland akan kehilangan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), North Atlantic Treaty Organization (NATO) dan Kesatuan Eropah. Scotland akan terpaksa mengemukakan permohonan keahlian yang baru kepada organisasi-organisasi antarabangsa itu. 
Perdana Menteri British David Cameron telah mengulas masalah tersebut. Menurutnya, ada beberapa perkara yang patut diteliti jika Scotland hendakkan kemerdekaan.  Sehubungan itu, Cameron menyarankan agar Scotland kekal berada dalam United Kingdom. 
"Begini sahaja, British bekerja dengan baik. Mengapa memisahkan diri (Scotland)?" ujar Cameron dalam tulisannya dalam akhbar tempatan Scotland. 
Sebagaimana diketahui, Cameron akan menghadapi pilihan raya pada tahun 2015. Parti Konservatif akan sangat marah jika Cameron gagal menghalang kemerdekaan Scotland.
Setakat ini ada pandangan menyatakan bahawa, jika Scotland merdeka, British terpaksa melucutkan senjata nuklearnya. Selain itu British akan terancam kehilangan pangkalan angkatan laut yang menjadi pelabuhan kapal selam nuklear Trident. 
British juga dianggap akan semakin kehilangan pengaruhnya di peringkat antarabangsa seperti di Majlis Keselamatan PBB dan Kesatuan Eropah jika Scotland mencapai kemerdekaan. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.